Selamat Datang

widgeo.net

Thursday 21 July 2011

4 cara meningkatkan keyakinan diri


Keyakinan diri adalah penting untuk menguruskan segala aktiviti didalam kehidupan seseorang. Ini kerana adalah mustahil untuk anda sentiasa bergantung terhadap orang lain. Pasti mereka mempunyai urusan tersendiri yang perlu diuruskan terlebih dahulu sebelum dapat membantu anda. Adakah anda sanggup untuk menangguhkan satu-satu tugasan hanya untuk menunggu bantuan orang lain sedangkan anda sendiri mampu untuk menyiapkannya? pasti tidak bukan. Keyakinan diri adalah merupakan satu proses yang berterusan untuk anda sentiasa meningkatkan taraf keyakinan anda. Di dalam artikel ini adalah merupakan cadangan tentang bagaimana cara meningkatkan keyakinan diri yang mungkin dapat membantu anda.
(1) Bina keyakinan diri melalui pencapaian- Anda pelu terlebih dahulu mengetahui apakah pencapaian yang membawa makna untuk anda. Sentiasa cuba tingkatkan pencapaian anda dari satu tahap ke tahap yang lebih baik untuk meningkatkan lagi keyakinan diri. Jangan sesekali cuba membandingkan pencapaian orang lain didalam kehidupan anda. Ini kerana apabila anda berfikiran seperti ini, ia secara automatik akan mengurangkan lagi keyakinan didalam diri anda. Pantau setiap pencapaian yang telah anda lakukan dan cuba bina keyakinan diri melaluinya. Ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk melaksanakan tugasan yang lebih mencabar.
(2) Bina minda yang kuat- Pemikiran adalah perkara yang mempengaruhi setiap tindakan seseorang. Sebelum anda melakukan apa-apa pasti otak anda akan terlebih dahulu memikirkannya. Apabila otak anda memikirkan anda mampu untuk melakukannya, secara tidak langsung tindakan anda akan menjurus untuk melakukan sesuatu perkara itu. Begitu juga untuk membina keyakinan diri, sekiranya minda anda yakin untuk melakukan sesuatu, secara automatik pasti tubuh anda mampu untuk melaksanakannya. Tetapi ia sebenarnya memerlukan latihan dan pemakanan yang baik. Mulakan latihan minda anda daripada sekarang.
(3) Menjaga penampilan- Hasil pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa, seseorang akan berasa lebih yakin melalui apa yang mereka cuba tampilkan. Sebagai contoh, anda menjaga penampilan diri anda sentiasa kemas dan kelihatan bersih, ia secara tidak langsung mewujudkan keyakinan didalam diri anda. Pasti anda akan lebih berasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, berkomunikasi dan sebagainya. Penampilan juga adalah penting untuk membuatkan orang lain berfikiran positif terhadap diri anda. Apabila orang lain berfikiran positif, anda juga akan turut berfikiran positif mengenai diri anda.
(4) Memahami konsep keyakinan diri- Untuk anda sentiasa berasa yakin terhadap diri sendiri, anda perlu terlebih dahulu memahami apakah konsep keyakinan diri. Seperti yang telah dinyatakan diatas tadi, ia adalah merupakan proses yang berterusan. Ia bermakna apabila anda tidak berasa yakin untuk melakukan sesuatu, anda perlu membinanya sehingga anda berasa yakin. Begitu juga untuk proses seterusnya yang pasti lebih mencabar. Ini akan membuatkan pemikiran anda sentiasa positif dan secara tidak langsung, anda sebenarnya telah sentiasa mencabar diri anda untuk menjadi yang lebih baik. Pasti sampai ke satu tahap anda dapat merasakan bahawa keyakinan diri anda telah meningkat. Apabila anda menghadapi masalah yang sebelum ini anda pernah hadapinya, pasti tidak akan timbul kesukaran untuk anda menyelesaikannya.

Monday 18 July 2011

10 tips mewujudkan keyakinan diri

1.     Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.


2.     Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.

3.     Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.

4.     Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!

5.     Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.

6.     Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7.      Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!

8.     Apabila berinterakspandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9.     Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.     Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

Biodata Ibliss

Nama: Iblis Laknatullah
Tarikh Lahir: Sejak dia mula ingkar sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah S.W.T
Status: Fasiq kelas pertama (first class)
Agama: Kafir
Tempat Tinggal: Di dalam hati manusia yang lalai
Kawasan Jajahan: Semua tempat yang tidak ada usaha untuk mengingati Allah S.W.T
Tempat tinggal: Neraka Jahanam
Hobi: Melalaikan orang daripada mengingati Allah
Kegemaran: Menjadi penggoda yang sesat untuk menyesatkan anak-anak Adam
Cita-cita: Menjadikan semua anak Adam sesat lagi menyesatkan
Kerja yang paling disukai: Homoseksual dan Lesbian
Hiburan: 18 SX